Sunday 25 January 2015

Nabi Muhammad saw Sangat Sayang Pada Kucing..

Banyak kisah2 tentang kucing yang kita dengar dan lihat, sebabnya kucing memang binatang pekeliling yang banyak berkeliaran disekitar manusia. Nabi Muhammad saw ada berpesan layan, kasihi dan jadikanlah kucing itu sebagai sebahagian daripada ahli keluarga. Baginda saw juga memiliki seekor kucing betina yang bernama Mueeza. Diceritakan ketika azan dilaungkan, Muezza akan mengiau seolah-olah mengikut lantunan azan tersebut. Suatu hari, Rasulullah saw pergi untuk mengambil jubahnya untuk siap bersolat, lalu Baginda saw mendapati Si Muezza tidur di salah satu lengan jubah tersebut. Lalu Baginda saw memotong satu lengan jubahnya kerana tidak mahu menganggu dan ingin membiarkan kucingnya tidur.
Apabila Baginda saw kembali, Si Muezza bangun dan sujud kepada Baginda saw dan sebagai balasan Baginda saw mengusap Muezza 3 kali.  Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai tanda ‘M’ yang terdapat di kebanyakan dahi kucing adalah tanda 4 jari Rasulullah saw ketika mengusap dahi kucingnya Muezza dan ia kekal di semua keturunan kucing.. SUBAHANALLAH…





Apabila Rasulullah saw memberi khutbah di rumahnya, baginda saw akan memangku Muezza. Baginda saw juga pernah meminum dan berwuduk menggunakan air dimana sebelumnya air tersebut telah diminum oleh kucingnya. Mungkin pencinta kucing sekalipun pada hari akan berfikir dua kali untuk berkongsi apatah lagi meminum air yang telah diminum oleh kucing..


Penjelasan :

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.
Bahkan diperboleh berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

----->> will be continue..

Sunday 18 January 2015

Kisah Kucing Jalanan yang selamatkan Bayi dari mati kesejukan



Baru-baru ini kisah seekor kucing jalanan yang berjaya menyelamatkan seorang bayi dari mati kesejukan menjadi viral di media sosial dan dada-dada akhbar.

Tindakan kucing yang bernama Marsha tersebut yang mengiau dengan kuat dan bising seperti kesusahan menyebabkan seorang bayi lelaki berumur 3 bulan ditemui oleh seorang wanita dadalam kotak yang ditinggalkan di anak tangga sebuah pangsapuri di Russia. Bayi tersebut dalam keadaan panas walaupun cuaca ketika itu sejuk. Turut dijumpai satu beg makanan bayi dan juga lampin. Polis kini dalam usaha mengenalpasti ibu bapa bayi berkenaan dan kucing tersebut dianggap wira serta diberi makan oleh penduduk setempat.









p/s: KUCING PUN PANDAI SAYANGKAN MANUSIA..

Friday 16 January 2015

Kisah kucing gelendangan dtg ke rumah..

Si Bulus yg dtg ke rumah meminta simpati sedikit makanan.

Comelkan? Seekor ibu kucing bersama 4 anak sanggup ke tingkat 7 hanya utk menagih simpati makanan dr mana2 rumah yg sudi. 
Ini bermula ketika baru pindah disini..Si ibu kucing pernah dtg sekali ke rumah..Minta makan.. So bagi la.. tak rugikan...Kalau rezeki untung2 Si Kucing doakan kita..Amin... Sebulan dua lepas tu ibu kucing dtg lagi.. Bagitau hubby, ini kucing yg pernah aku bg mkn dulu..So hubby senyum je.. Dia paham yg aku ni pantang nmpk kucing.. After bg mkn kat ibu kucing ni, aku pesan kat dia kalau lapar dtg je rumah... ngiau2 depan rumah ni.. 

Alkisah nak dijadikan cerita, pagi keesokkan harinya time nak pergi ke tmpt kerja si ibu kucing dtg bg salam.. Terkejut jugak... La paham rupanya aku pesan apa kat dia.. Esok malamnya tgh beristirehat dgn hubby sambil tgk tv, terdengar suara anak kucing kecik pulak.. Aku bukak pintu, Allahuakhbar.. Ibu kucing bawa 4 ekor anak comel dia... melompat2 si anak.. da ramai kena bagi mkn byk sikit.. Kebetulan kat rumah ni pun ada 2 anak bulus yg kekdg mkn tak habis.. 



Ini la 2 ekor tu..nama diberi cicik@adik dan gemok@kakak.. Dua2 betina..Gemok ni yg terbaring dekàt dinding tu.. Unik ye so gemok ni, dia suka nama panggilnya kakak.. panggil gemok buat tak tau je.. Kakak ni sikapnya mcm 'blur' tapi comel. Çicik lak suka betul bermanja dgn hubby.. Bila hubby nak siap pergi kerja dia pun ke hulu ke hilir ikut kaki hubby.. lagi satu Cicik ni tak ramah lagi2 dgn ibu kucing & anak2 tu..biase la rumah ni utk dia je.. 

Continue pasal ibu kucing tu, until sekarang still dtg rumah.. cume anak ye lak berkurangan.. 2 ekor je yg rajin dtg ngiau2 dan panjat pagar rumah.. 2 ekor lagi tak dapat dikenalpasti mn perginya.. hope selamat la & ada pencinta kucing yg jaga.. Risau jugak kkdg bila bg mkn kat diorg letak la dlm bekas.. Tp tu la dgn bekas2 tu hilang.. Makan dgn bekas sekali ke? Erm.. 








GaRam Bukit untuk Si Bulus Juga...


Dari Abdullah bin Umar r.a, dari Nabi s.a.w., “Sesungguhnya Allah s.w.t menurunkan empat perkara berkat (mempunyai kebaikan) dari langit (menerusi hujan) ke bumi iaitu besi, api, air dan garam.”- (HR al-Baghawiy).

SUNNAH: Rasulullah S.A.W menyarankan supaya memakan secubit garam pada awal dan akhir setiap kali makan:
“Sesiapa yang memulakan makan dengan memakan secubit garam, Allah akan hindarkan 330 jenis penyakit, yang paling kurang ialah kusta, sakit perut dan sakit gigi. Selebihnya Allah yang Maha Mengetahui.”

HADIS Nabi Muhamad S.A.W ada menyebut garam adalah penghulu segala masakan atau makanan manusia.Rasullullah setiap kali menggembara akan memamah sedikit garam sebelum mengambil makanan atau minuman tujuannya untuk menstabilkan badan, meningkatkan ketahanan/imiun badan kerana setiap bumi/ tempat mempunyai udara, megnatik dan hawa yang berlainan. Dalam kitab perubatan Islam ada menyebut ia dapat mengembalikan tenaga yang hilang semasa perjalanan. Garam juga di gunakan dalam mengubat mereka yang terkena sihir..Ini kerana garam bukit tidak disukai jin dan syaitan. 





Akhir2 ni banyak sangat cerita ttg kucing yang mati akibat diracun, di simbah minyak hitam, diikat dan dicampak ke dalam longkang, dimasukkan ke dalam guni berikat, dicampak dalam tong sampah dan banyak lagi kekejaman pada binatang kesayangan NABI SAW. Puncanya, jiran yg kurang senang dgn kerenah si bulus samada suka buang najis merata yang mengganggu privasi mereka dan sikap khianat. Sedikit perkongsian dr rakan Kelab Kucing Ku Sayang mengisahkan ttg seorang lelaki yg dtg makan bersama 'girlfriend' tetiba bertindak menyimbah air teh pada kucing yg ternyata tak paham apa2.. Rakan yg melihat apa lagi terus la marah kpd pelaku.. Pelik dgn sikap manusia zaman sekarang.. Alahai dgn kucing pun berkira.. Rezeki kalau di beri sedikit pada kucing tersebut tak kurang pun rezeki kita.. 





Entry kali ni nak share ttg kegunaan GARAM BUKIT yang juga blh diguna pakai kepada si bulus yang sakit akibat diracun. Boleh tgk kat sini   ---------->  http://youtu.be/2zpoD3Yj0js .. 


Garam Bukit Bio Quantum Mineral (Natural Salt) blh juga digunakan sebagai alternatif untuk si bulus yg sakit akibat diracun selain utk kegunaan manusia. Mengandungi 82 jenis mineral & kandungan kalsium, magnesium, iron, FA2 yg tinggi dimana aia terjadi sejak 250 juta tahun dahulu di pergunungan Himalaya & dari kawah gunung berapi. Tidak mengandungi bahan kimia putih & sesuai utk memulihkan kesihatan badan & merawat penyakit kronik..




Itu saje perkongsian utk malam ni.. hope dpt bantu pencinta kucing kat luar sana yg cuba & tertanya2 mcm mana nak buat apabila si bulus anda sakit akibat di racun.




























Sunday 15 January 2012

kucing jalanan




yang ni kucing yang pertama bertandang kat umah sewa aku.. orang panggil 'baby'.. hahaha.. baby ke??? very agresif, suke mengigit n ada kala manje bila ader pesaing yer datang (kucing len)
 yang ni name yer oren.. si oren ni datang makan then hilang.. suare ye cukup kuat, kekdg time tdo pun leh tbangun ... comey kan??

yang ni anonymous.. xde nick name.. low profile ..



gambar2 d atas time diorg ader together kat dapur.. nasib x gado.. friendly je.. masing2 masuk ikut tingkap..