Sunday, 25 January 2015

Nabi Muhammad saw Sangat Sayang Pada Kucing..

Banyak kisah2 tentang kucing yang kita dengar dan lihat, sebabnya kucing memang binatang pekeliling yang banyak berkeliaran disekitar manusia. Nabi Muhammad saw ada berpesan layan, kasihi dan jadikanlah kucing itu sebagai sebahagian daripada ahli keluarga. Baginda saw juga memiliki seekor kucing betina yang bernama Mueeza. Diceritakan ketika azan dilaungkan, Muezza akan mengiau seolah-olah mengikut lantunan azan tersebut. Suatu hari, Rasulullah saw pergi untuk mengambil jubahnya untuk siap bersolat, lalu Baginda saw mendapati Si Muezza tidur di salah satu lengan jubah tersebut. Lalu Baginda saw memotong satu lengan jubahnya kerana tidak mahu menganggu dan ingin membiarkan kucingnya tidur.
Apabila Baginda saw kembali, Si Muezza bangun dan sujud kepada Baginda saw dan sebagai balasan Baginda saw mengusap Muezza 3 kali.  Ketepatan dan kesahihan terhadap cerita ini sebenarnya tidak begitu jelas kerana tiada ayat Al-Quran atau Hadis Nabi yang menceritakan kisah ini.

Dipercayai tanda ‘M’ yang terdapat di kebanyakan dahi kucing adalah tanda 4 jari Rasulullah saw ketika mengusap dahi kucingnya Muezza dan ia kekal di semua keturunan kucing.. SUBAHANALLAH…





Apabila Rasulullah saw memberi khutbah di rumahnya, baginda saw akan memangku Muezza. Baginda saw juga pernah meminum dan berwuduk menggunakan air dimana sebelumnya air tersebut telah diminum oleh kucingnya. Mungkin pencinta kucing sekalipun pada hari akan berfikir dua kali untuk berkongsi apatah lagi meminum air yang telah diminum oleh kucing..


Penjelasan :

Nabi menekankan di beberapa hadis bahawa kucing itu tidak najis.
Bahkan diperboleh berwuduk menggunakan air bekas minum kucing kerana dianggap suci.

----->> will be continue..

No comments:

Post a Comment